the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis kesan remaja tunggang basikal lajak bahaya di Jambatan Angkat

KUALA TERENGGANU: Polis sedang giat mengesan sekumpulan remaja yang dipercayai bawah umur kerana menunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata siasatan dijalankan susulan aduan mengenai video tular berdurasi 40 saat yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak menuruni jambatan tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurut Mohd Khairi, penunggang basikal tersebut melakukan dua kesalahan iaitu mengubah suai basikal dan menunggang secara melulu.

“Penunggang boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 42(1)(a) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana menunggang basikal yang diubah suai sehingga membahayakan,“ katanya.

Beliau mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap aktiviti anak-anak dan tidak membenarkan pengubahsuaian basikal secara melampau kerana ia menyalahi undang-undang.

“Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai mengawasi anak-anak,“ tambahnya.

Selain itu, polis akan meningkatkan rondaan di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu dan kawasan tumpuan remaja bagi mencegah aktiviti berbahaya.

Orang ramai juga digesa melaporkan sebarang kegiatan tidak sihat yang mengganggu ketenteraman awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories