• 2025-07-16 06:07 PM

JOHOR BAHRU: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata R. Sue Farieda dilaporkan hilang kira-kira 4 petang dan kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran di Gelang Patah.

Remaja itu mempunyai ciri-ciri fizikal seperti ketinggian sekitar 158 sentimeter, berat lebih kurang 47 kilogram, berkulit hitam manis, hidung mancung, dan berambut ikal mayang.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangannya untuk tampil membantu siasatan.

Maklumat lanjut boleh disampaikan kepada pegawai penyiasat Sarjan Yunos Ali menerusi talian 012-6447432 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di 07-5114486. – Bernama