Thursday, November 6, 2025
20.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis sahkan aktiviti bogel dalam program motivasi e-HATI di Shah Alam

The Sun Berita

SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan adanya aktiviti kelucahan melibatkan perlakuan bogel oleh peserta dalam sebuah program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini pada tahun lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati empat individu terlibat dalam adegan yang dipanggil ‘rebirth’ semasa acara ‘Queens Night’ dalam program tersebut.

Program yang dikenali sebagai “Program Motivasi Mencari Kebahagian Kembali” itu menawarkan dua pakej berbeza.

Pakej A berharga RM6,000 manakala Pakej B, yang merangkumi acara Queens Night, berharga RM9,000.

Hussein menjelaskan, “Pakej B ini hanya untuk peserta wanita, dan 50 orang menyertainya.

Acara ini didakwa bertujuan meningkatkan motivasi.”

Setakat ini, enam individu termasuk pasangan pengasas syarikat motivasi telah direman.

Polis juga merakam keterangan 30 individu lain termasuk penganjur, fasilitator, dan peserta.

“Kami meminta peserta lain tampil membantu siasatan.

Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,“ tegas Hussein.

Peralatan yang digunakan dalam acara tersebut serta cecair yang dicampur dalam minuman peserta turut dirampas.

Polis sedang menunggu keputusan ujian Jabatan Kimia untuk menentukan sama ada terdapat kandungan dadah atau bahan terlarang.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan (kelucahan di khalayak ramai), Seksyen 509 (gangguan kehormatan), dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Hussein menegaskan program ini bukan berkonsepkan Islam kerana melibatkan peserta pelbagai agama.

Mahkamah Majistret Shah Alam telah memerintahkan reman tiga hari ke atas enam suspek berumur 26 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Flu Wave Hits Southeast Asia, Highlighting Gaps in Protection for the Elderly

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Many countries in Asia are reporting a sharp rise in flu cases. The intensified rainy season is fueling transmission and creating ideal conditions for rapid spread.

Most Viewed

Dusit Thani Bangkok earns its place among the world’s top 100 hotels

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 –Dusit Thani Bangkok, the reimagined flagship of Dusit Hotels and Resorts, the hotel arm of Dusit International, one of Thailand's leading hotel and property development companies, has earned global recognition once again – this time ranking #60 on the inaugural extended list of The World's 50 Best Hotels 2025, a prestigious index celebrating the finest hospitality experiences worldwide.

amfori Asia Sustainability Summit 2025 sets course for resilient, responsible and sustainable supply chains

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Organised by amfori, a leading global business association for sustainable trade, "amfori Asia Sustainability Summit 2025" was successfully concluded today at Hotel ICON in Hong Kong, China.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img