the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat dakwaan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengutip sogokan secara bulanan.

Beliau juga mengingatkan semua kakitangan dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, untuk sentiasa menjaga tatakelola dan integriti dalam melaksanakan tugas.

“Akhirnya kita lihatlah apa siasatan SPRM nanti, tidak kira (melibatkan) kesalahan apa (sama ada) ambil insentif atau mana-mana tatakelola yang tidak bagus.

“Dalam budaya kerja, saya sering mengingatkan dan menekankan nilai integriti kerana pada akhirnya kita mahu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan memastikan tiada yang mengambil peluang, menggunakan kedudukan atau (mengamalkan) tatakelola yang tidak baik,” katanya.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Waste-To-Wealth Wilayah Persekutuan, di Perumahan Awam (PA) Seri Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hari ini, media melaporkan SPRM menahan seorang pegawai kanan PBT berusia dalam lingkungan 40-an pada Khamis lepas, bagi membantu siasatan dakwaan mengutip sogokan bulanan daripada perniagaan yang dikendalikan warga asing di pusat bandar raya ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Dr Zaliha berkata inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi Program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) yang berkonsepkan sistem barter, membolehkan komuniti menukar barang kitar semula kepada barangan keperluan dapur ditetapkan DBKL.

“Setiap hari bandar raya ini menghasilkan 2,300 tan sisa pepejal. DBKL pula memperuntukkan RM260 juta setahun untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, dan ini bukan nilai yang sedikit.

“Oleh itu, inisiatif ini diharap mengubah persepsi masyarakat iaitu sampah sebagai sumber tak berguna, sebaliknya boleh mendatangkan keuntungan dan manfaat jika diuruskan bersama dengan baik,” katanya.

Dr Zaliha berkata terdapat empat kios 1C1R telah diwujudkan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, PA Seksyen 2 Wangsa Maju, PPR Seri Alam dan PA Seri Kota.

Beliau berkata empat lagi kios akan diwujudkan iaitu di PA Seri Pulau Pinang, PPR Pinggiran Bukit Jalil, PPR Kerinchi dan di PPR Muhibbah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings