the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Simpan mesin cetak tanpa lesen sah KDN, pengurus didenda RM7,600

PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM7,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan menyimpan dan menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jun lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Hui Pooi Long, 47, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Hui didakwa menyimpan dan menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah yang dikeluarkan KDN di sebuah syarikat percetakan di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan pada 11.50 pagi, 7 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KDN Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff manakala Hui tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Chief secretary outlines four priorities for public service delivery

Chief Secretary Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar outlines four key priorities for the public service: integrity-based governance, fast execution, digitalisation, and improved communication.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories