the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SWCorp Pahang sasar jadikan 800kg sisa makanan sebagai baja

KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menyasarkan kira-kira 800 kilogram (kg) sisa makanan sepanjang Ramadan ini diproses bagi menghasilkan baja kompos.

Pengarahnya Sharudin Hamid berkata sebuah mesin kompos telah ditempatkan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 di sini yang mampu memproses 25 kg sisa makanan sehari dan dicampur enzim dan habuk kayu bagi proses penguraian sebelum baja dapat dihasilkan.

“Sejak hari pertama berpuasa hingga enam Ramadan, 189kg sisa makanan berjaya dikumpul daripada pengunjung yang berbuka puasa di padang MBK 1 dan peniaga Bazar Ramadan Mahkota Square, untuk diproses menjadi baja menggunakan mesin berkenaan,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata baja yang dihasilkan akan diagihkan ke kebun komuniti yang aktif antaranya di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di sini.

Sementara itu Sharudin berkata pihaknya turut melaksanakan program Infak Ramadan iaitu kempen Trash to Cash bagi tahun ketiga pelaksanaannya di 12 lokasi bazar Ramadan di seluruh Pahang.

“Semua barang kitar semula akan dikumpul di bazar daripada peniaga, pengunjung atau yang disumbangkan masyarakat setempat dan hasil daripada jualan barang tersebut diserahkan kepada rumah kebajikan dan anak yatim terpilih,” katanya.

Menurutnya tahun lepas SWCorp Pahang berjaya mengumpul 8,020 kg barang kitar semula dengan hasil jualan RM5,323.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings