the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan audit operasi terhadap bas-bas ekspres di depot dan terminal bas di seluruh negara dalam kempen Pandu Cermat Selamat Sampai bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut minggu hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Datuk Jazmanie Shafawi berkata audit berkenaan bertujuan memastikan kenderaan pengangkutan awam berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan semasa Tahun Baharu Cina.

“Audit berkenaan adalah antara lima fokus penguatkuasaan yang diberikan tumpuan pada kali ini, aspek lain ialah penguatkuasaan terhadap sembilan kesalahan utama, operasi khas kenderaan perkhidmatan barangan dan motosikal,“ katanya ketika menjadi tetamu program Temu Bual Radio dengan topik “Tahun Baharu Cina 2025: Pandu Cermat, Sampai Selamat” terbitan Bernama Radio hari ini.

Beliau berkata sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Jazmanie berkata kempen yang bermula pada 20 Jan hingga 9 Feb ini turut akan mengenakan larangan pemanduan kenderaan barangan pada 27 dan 28 Jan serta 1 dan 2 Feb bagi mengelakkan kesesakan jalan raya susulan pertambahan jumlah pengguna jalan raya pada tempoh berkenaan.

“Tujuan larangan ini untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila bercampur dengan trafik daripada kenderaan perdagangan dan kenderaan persendirian,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta menjadi pemandu yang bertanggungjawab pada musim perayaan dan cuti sekolah ini.

Katanya, peraturan dan undang-undang jalan raya yang sedia ada adalah mencukupi bagi memastikan keselamatan pengguna.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKRITA Signs MoU with Jeanologia and Looptworks to Establish the Green Machine Circular Textile...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - The Hong Kong Research Institute of Textiles and Apparel (HKRITA) yesterday officially signed a landmark Memorandum of Understanding (MoU) with two key global partners, Jeanologia and Looptworks, to establish the Green Machine Circular Textile Ecosystem – a first-of-its-kind collaboration to accelerate the large-scale recycling of blended textiles.

Ogilvy launches first-of-its-kind live Commerce Competition in Singapore to Champion the Future of Creator...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Ogilvy, in partnership with TikTok Shop, today launched the Live-Fluence League, a first-of-its-kind live commerce competition in Singapore which brought together eight of leading social sellers to compete in real time, driving measurable sales for featured brands through a live, trackable leaderboard.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings