• 2025-10-11 08:30 PM

KOTA TINGGI: Tiga orang maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman mengesahkan kematian dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu.

Kemalangan itu melibatkan Honda CR-V dipandu wanita tempatan 25 tahun, Toyota Fortuner dipandu lelaki tempatan 32 tahun, dan Volkswagen Golf dipandu lelaki belum dikenal pasti bersama tiga penumpang.

Pemandu dan dua penumpang Volkswagen Golf meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Dua mangsa meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail.

Seorang penumpang Volkswagen Golf masih menerima rawatan di hospital sama.

Pemandu Toyota Fortuner cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Pemandu Honda CR-V tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah berhubung Toyota Fortuner yang disyaki membawa muatan rokok seludup.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Zamiruddin Yaakob. – Bernama