the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Tanjung Harapan

SHAH ALAM,: Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut selepas bot dinaiki terbalik dalam kejadian di sekitar perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kejadian pada 5 petang itu melibatkan enam individu warga tempatan berusia tiga hingga 50 tahun.

Beliau berkata dua lagi mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan hilang, manakala seorang mangsa diselamatkan oleh nelayan.

Pencarian dua mangsa yang hilang diteruskan oleh pasukan bomba dengan melakukan kerja-kerja penyelaman pada pagi ini

“Mangsa yang maut dan telah ditemukan ialah Darren Gan, kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak kepada pasangan yang hilang serta Cheu Son Hin, 50, masing-masing dijumpai dalam ruang hadapan bot.

“Turut terkorban Fong Yong Sen, 29, iaitu rakan kepada pasangan berkenaan, manakala seorang lagi mangsa Chang Yan Qin Alvin, 17, terselamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

Abdul Muhaimin berkata hasil siasatan awal mendapati bot berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya mengaktifkan operasi dan menyelamat panggilan pada 5.16 petang selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Operasi digerakkan segera dengan penyertaan aset Maritim Malaysia dan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sokongan bot penumpang berhampiran lokasi.

“Bot yang terbalik berjaya ditunda ke jeti terapung Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor sebelum operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan kira-kira 8 malam,” katanya.

Semalam, tular video memaparkan bot berkenan ditunda bot lain selepas terbalik di kawasan berkenaan

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Hoe Yean and Cheong Min top SEA Games 2025 SHAKAM incentive list

Swimming champion Khiew Hoe Yean and wushu queen Tan Cheong Min are the highest-earning national athletes from the SEA Games 2025 SHAKAM incentives, with hockey receiving the largest team payout.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories