the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita Indonesia didenda RM2,000 sebabkan kematian bayi akibat cuai

PARIT: Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia dua bulan akibat kecuaian.

Majistret Nurul Izalina Rajaai menjatuhkan hukuman itu ke atas Dewinta Tefa, 36, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Arkan Andre Soveeal Asit di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua Kota Setia dekat sini pada 5.30 pagi 18 Sept lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri memohon hukuman setimpal mengambil kira kepentingan faktor awam.

Peguam Nurul Syuhada Mohd Yusof memohon hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertama anak guamnya.

Peguam itu berkata Dewinta yang mempunyai enam anak (empat daripada mereka berada di Indonesia) tidak bekerja.

Suaminya bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia akibat lemas selepas ditindih ibunya sendiri ketika sedang tidur. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings