the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita maut selepas treler rempuh rumah

KUANTAN: Seorang wanita maut dalam runtuhan rumah selepas dirembuh sebuah treler yang terbabas di Kampung Ketapang Hilir, Pekan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 4.46 pagi.

Beliau berkata sebanyak 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan serta Peramu digerakkan ke lokasi kejadian.

Ismail berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga mangsa termasuk pemandu treler mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings