the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru wanita rugi RM2,000 selepas kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan

SANDAKAN: Seorang guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki yang merempuh kereta yang dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi apabila kenderaan yang dipandu guru berumur 47 tahun itu dirempuh sebuah kereta Toyota Camry dari belakang, sebelum pemandu kedua-dua kenderaan terlibat bergaduh, dan suspek cuba memukul wanita itu dengan sebatang kayu.

“Kedua-dua mereka bergelut, dan suspek kemudiannya merampas beg tangan guru berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta Toyota Camrynya. Guru wanita itu tidak mengalami kecederaan, dan terus ke balai polis Sandakan untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat dengan menelefon 013-9071709 bagi membantu siasatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings