PETALING JAYA: Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia, Pertubuhan IMAN, Perikatan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN), serta pimpinan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai agama, telah menggerakkan My Solidarity Covid-19 Fund untuk membantu barisan hadapan kesihatan negara menangani penularan wabak ini.
Peningkatan penularan kes Covid-19 di negara ini telah sampai ke peringkat kritikal. Kapasiti hospital-hospital dan juga fasiliti kesihatan berada di tahap yang membimbangkan sehingga dikhuatiri menjejaskan kemampuan sistem kesihatan negara untuk berfungsi dengan berkesan.
Oleh itu gerakan ini mensasarkan untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk peralatan kesihatan tambahan untuk membantu para petugas serta hospital-hospital merawat pesakit Covid-19 dengan lebih berkesan. Peralatan-peralatan serta keperluan kesihatan tersebut meliputi:
1. ICU Ventilator
2. Portable Ventilator
3. High Floor Nasal Cannula
4. Bed Hospital
5. ICU Bed
6. Syringe Pump
7. Infusion Pump
8. N95 Mask
Untuk makluman sumbangan-sumbangan ini telah mula disampaikan ke beberapa hospital di sekitar Lembah Klang. Kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan (Frontliners) kesihatan negara. Sumbangan boleh disampaikan menerusi tiga cara berikut:
1. Klik terus link di bawah sumbangan dalam talian:
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
2. Kini Lebih mudah juga melalui #JomPay:
biller code : 29058
Ref 1: Nama
Ref 2: Support FL
3. ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission:
Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
Maybank Islamic: 5642-2161-1602
Affin islamic: 1051-9000-2871
CIMB islamik: 8603-5325-13
Rujukan: Support FL
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email: donation@gpm.com.my
“Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan”