DISEBALIK berita penampakan buaya di sepanjang tebing sungai Klang yang tular baru-baru, sekumpulan pelancong Filipina berjaya melihat kelibat reptilia yang digeruni berenang di sebuah pantai berhampiran bandar peranginan Port Dickson baru-baru ini.
Dalam beberapa video TikTok yang disiarkan oleh pengguna wanderglambites, semalam, video pertama berdurasi 33 saat menunjukkan buaya air masin itu berenang santai di sepanjang pantai dipercayai Pantai Purnama.
Manakala dalam satu lagi video berdurasi 52 saat, reptilia itu dilihat berenang ke arah yang berbeza.
Kepada komen pengguna TikTok, ketika bertanya sama ada penampakan itu benar-benar berlaku di Filipina kerana mereka yang bercakap di latar belakang bercakap Tagalog, wanderglambites menjawab: “Kami adalah sekumpulan orang Filipina. Kami tidak berbahasa Melayu.”
Penampakan baru-baru ini sememangnya menimbulkan kebimbangan bagi pelawat yang merancang untuk berenang di sepanjang pantai-pantai terkenal di Port Dickson termasuk Pantai Purnama, Pantai Teluk Kemang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri dilaporkan Sinar Harian berkata, pihaknya akan mengenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya berkenaan.
“Setakat ini, saya dimaklumkan kita hanya menerima aduan kehadiran haiwan tersebut di pantai berhampiran Hotel Thistle saja.
“Namun merujuk kepada video-video yang tular, kita akan mengenal pasti lokasinya terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil,“ katanya kepada warkah Melayu tersebut.
BACA JUGA:
Kelibat Sang Buaya di tebing Sungai Klang berhampiran Mid Valley Megamall