Your Title

BANDARAYA Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar ketiga paling berbahaya di Asia Tenggara dan kelima di Asia, menurut Numbeo’s Crime Index 2025.

Ibu negara Malaysia tergolong antara kawasan bandar yang paling terjejas dengan jenayah di rantau ini dengan indeks jenayah sebanyak 60.4.

Kajian ini, berdasarkan data yang dikumpulkan daripada tinjauan yang dijalankan di laman web Numbeo, hanya empat bandar Asia yang diletakkan di hadapan Kuala Lumpur dari segi tahap jenayah: Damsyik, Syria (pertama), Manila dan Quezon City di Filipina (kedua dan ketiga), dan Dhaka, Bangladesh (keempat).

Peringkat global pula Malaysia berada pada kedudukan ke-69.

Selain Kuala Lumpur, terdapat tiga lagi bandar di Malaysia turut disenaraikan dalam Indeks Jenayah 2025.

Klang merekodkan indeks jenayah sebanyak 54.8, menempatkannya di kedudukan ke-12 di Asia dan ke-105 di dunia. Manakala Johor Bahru pula merekodkan indeks jenayah sebanyak 48.7, di kedudukan ke-17 di Asia dan ke-157 di dunia.

Akhir sekali Pulau Pinang pula menjadi antara bandar paling selamat di Malaysia dengan skor hanya 29.9, menempatkan Pulau Pinang di kedudukan ke-55 di Asia dan ke-308 di dunia.

Numbeo menyifatkan indeks jenayah melebihi 60 sebagai tinggi, manakala nilai antara 40 hingga 60 disifatkan sebagai sederhana.

Indeks tersebut ditentukan melalui tinjauan respon atas pelbagai aspek jenayah antaranya:

Persepsi awam terhadap tahap jenayah

Tahap keselamatan yang dirasakan ketika berjalan seorang diri pada waktu siang atau malam

Kebimbangan terhadap jenayah yang lebih spesifik seperti samun, rompak, pencurian kereta, dan serangan fizikal

Jenayah yang melibatkan harta benda seperti pecah rumah, kecurian, dan vandalisme

Jenayah keganasan, termasuk pembunuhan, serangan, dan kesalahan seksual