the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pemerdagangan manusia libat ahli politik: Polis rakam keterangan lapan individu

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan lapan individu termasuk seorang ahli politik dan suaminya berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa mempunyai kaitan dengan pasangan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya turut merekod keterangan penulis blog dari Indonesia hari ini berkaitan penulisan artikel membabitkan kes berkenaan.

Beliau berkata semakan terhadap akaun syarikat beberapa individu yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan juga dijalankan.

“Selain ahli politik, suaminya dan penulis blog itu, polis turut mengambil keterangan dua individu daripada sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

Razarudin berkata pihaknya mengesahkan keberadaan ahli politik itu di Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah namun siasatan mengenai pembabitan beliau dalam aktiviti pemerdangan manusia itu masih dijalankan.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Razarudin sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan isu itu dan memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar disyaki pada awal 2020.

Bagaimanapun, ahli politik terbabit menafikan pembabitannya dan sudah membuat laporan berhubung perkara itu.

Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket di Myanmar itu menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia dengan memaparkan rakyat negara itu turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings