the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fenomena air pasang besar disertai hujan lebat sebabkan banjir di Port Dickson

TAMPIN: Fenomena air pasang besar disertai hujan lebat selama beberapa jam, dipercayai punca berlaku banjir di kebanyakan kawasan Port Dickson sehingga semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata masalah itu perlu diberi perhatian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan pusat, supaya tidak berulang pada masa hadapan.

“Kita berharap dapat mencari punca sebenar. Ia berlaku di seluruh pantai.

“Bukan disebabkan masalah perparitan tetapi apabila air tidak boleh keluar ke laut yang lebih tinggi dari di darat, jadi air bertakung.

“Air darat rendah menyebabkan air laut masuk dan tidak boleh keluar hingga banjir di kawasan rendah semasa air pasang besar yang dijangka selama beberapa hari sehingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali ke-13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN) di sini hari ini.

Terdahulu, pengguna media sosial memuat naik gambar kawasan awam, termasuk kesukaran kenderaan melalui jalan raya yang dinaiki air apabila berlaku hujan lebat sejak beberapa hari.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Mohd Azri Abu Hassan memaklumkan seramai 111 mangsa daripada 37 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air sejak semalam.

Beliau berkata seramai enam mangsa daripada sebuah keluarga dipindahkan ke Dewan Bagan Pinang berikutan berlaku tanah runtuh selepas hujan lebat di Taman Sri Pinang, pada awal pagi semalam.

“Seramai 34 orang daripada 10 keluarga di Linggi juga dipindahkan ke Balai Raya Permatang Pasir secara berperingkat bermula pagi semalam.

“53 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Tanjung Agas pula dipindahkan ke balai raya kampung itu malam tadi,” katanya.

Beliau berkata terkini seramai 18 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Sungai Raya dipindahkan ke balai raya kampung itu pada pagi ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings