the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MKN fokus mantapkan kerjasama agensi kawal keselamatan di sempadan

ALOR SETAR: Kerjasama erat antara agensi keselamatan dalam melaksanakan kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamatan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand terus terpelihara sekali gus menjamin keselamatan negara.

Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah Zuraini Mohd Yusof berkata kerjasama itu sangat penting memandangkan negeri ini mempunyai keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.

“Keselamatan di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar pencerobohan walaupun susah nak realisasikan, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumkan pencerobohan daripada berlaku.

“MKN menyelaras operasi menyeluruh melibatkan agensi-agensi keselamatan di negara kita…kolaborasi antara jabatan terutama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,“ katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Zuraini berkata kerjasama rapat termasuk melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis dan pasukan tentera yang bersama-sama melaksanakan kawalan keselamatan ketika ini berjaya meminimumkan kes melibatkan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Zuraini berkata MKN Kedah sememangnya memberi fokus utama berkaitan keselamatan sempadan di negeri ini yang mempunyai pintu masuk sempadan di darat, laut dan udara.

Beliau berkata walaupun jumlah kes pencerobohan melibatkan pendatang tanpa izin di negeri ini masih minimum, namun usaha membanteras aktiviti itu dan jenayah lain yang mengancam keselamatan negara perlu sentiasa dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan rakyat juga perlu sentiasa diberi kesedaran berkenaan ancaman keselamatan dan boleh memainkan peranan untuk membanterasnya serta tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada agensi kerajaan semata-mata.

“Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara dan kami percaya kesedaran ini perlu dipupuk daripada awal iaitu di peringkat sekolah…termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

illum.e opens sixth campus in Tampines as MOE reforms drive demand for thinking-based learning

illum.e has opened its sixth campus at Tampines Point, expanding its thinking-based tuition programmes to meet growing demand following Singapore's MOE assessment reforms. The new centre offers English, GP and Humanities classes for Primary, Secondary, IP and JC students.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings