the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin raih naib juara Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu negara Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani atas kejayaan meraih gelaran naib juara di Terbuka Jepun 2025.

Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Zahid memuji semangat juang, disiplin tinggi, dan kesungguhan kedua-dua pasangan yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia. “Teruskan melangkah, teruskan berjuang.

Jangan pernah gentar atau berundur. Setiap titik peluh kalian membuka laluan untuk kejayaan yang lebih gemilang,“ tulisnya.

Di final Terbuka Jepun, Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 5-21, 14-21.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin pula kalah kepada beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae 16-21, 17-21.

Sebagai naib juara, setiap pasukan membawa pulang hadiah wang tunai USD33,250 (RM141,000). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings