the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Angka kes baharu terus menurun, kes aktif kini 15,511 — KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 terus merekodkan penurunan kepada 1,208 kes hari ini berbanding 1,354 pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini menjangkau 324,971.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 1,199 daripada jumlah kes hari ini melibatkan kes tempatan dan sembilan lagi adalah kes import.

Beliau berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan kepada 15,511 kes dalam tempoh yang sama berbanding 16,279 pada hari sebelumnya, dengan 1,973 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan pulih kini 308,247 kes.

“Selain itu, tiga kes kematian dilapor menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu kini 1,213,“ katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian itu melibatkan masing-masing satu di Selangor, Johor dan Sarawak, manakala 155 kes dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata tiga negeri yang merekodkan kes tertinggi adalah Selangor dengan 379 kes, Sarawak (251) dan Johor (118).

Mengenai kluster baharu, beliau berkata daripada 13 kluster yang dikenal pasti melibatkan lapan negeri hari ini, 12 kluster membabitkan tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

Kluster tempat kerja ialah kluster Sungai Puloh, Batu Tiga Lama dan Perusahaan Amari di Selangor; Jalan Mega Lima, Jalan Delima dan Batu 19 di Johor; Jalan Tanjung di Sarawak; Industri Gunung Mas di Negeri Sembilan; Jalan Lapan Belas di Kuala Lumpur; Tapak Bina Meha di Kedah; Kampung Air Batang di Pahang dan Chendering Height di Terengganu.

Kluster keagamaan pula melibatkan kawasan di Jalan Sekerat, Kedah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 819 kluster telah tamat termasuk enam kluster hari ini iaitu kluster Jalan Tropicana, Pengkalan Teras, Jalan Perindustrian Getah, Lengkok Pantai, Tabong dan Jalan Niaga.

“Jumlah kluster aktif adalah sebanyak 431 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini ialah kluster Tanjung Suria dan Ladang Bukit masing-masing dengan 29 kes dan kluster Jalan Mega Lima (22 kes),” katanya. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings