Sunday, November 9, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tourism Malaysia anjur sesi B2B tingkat pelancongan rentas sempadan

Tourism Malaysia manfaatkan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia untuk sesi B2B, perkukuh pelancongan rentas sempadan dan promosi destinasi baharu.

JOHOR BAHRU: Tourism Malaysia memanfaatkan edisi kelima Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia untuk menganjurkan sesi perniagaan-ke-perniagaan (B2B) bagi mengukuhkan pelancongan rentas sempadan.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia Lee Thai Hung berkata karnival itu menghimpunkan pemain industri dari Singapura dan Malaysia bagi memudahkan pemadanan perniagaan.

“Menerusi sesi B2B ini, kami menyediakan platform untuk pemain industri memperkenalkan program dan destinasi terbaharu mereka,” katanya.

Beliau berkata sesi itu membolehkan peserta menerokai destinasi di luar kebiasaan dan bukan sekadar tawaran pakej tradisional.

Lee menyampaikan kenyataan itu selepas merasmikan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Johor di Pusat Konvensyen Paradigm Mall.

Walaupun karnival berlangsung di Johor, peserta dari Sarawak, Sabah, Pahang dan negeri lain turut mempromosikan destinasi dan makanan tradisional mereka.

“Pendekatan ini membolehkan kami memberikan tumpuan kepada pelancongan rentas sempadan khususnya menarik warga Singapura,” jelas Lee.

Beliau berkata sambutan daripada pemain industri amat menggalakkan dengan persediaan semakin meningkat menjelang Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing turut mengadakan tinjauan ke tapak bagi melihat proses persediaan.

“Kami berharap menerusi maklum balas daripada pemain industri Singapura dan tempatan, kami dapat membantu mereka lebih bersedia bagi mencapai sasaran pelancongan 2026,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Soomin leads Moutai Singapore Open, rekindles 2011 memories

Soomin Lee surged into the lead at the halfway stage of the Moutai Singapore Open after carding an impressive eight-under-par 64 to reach 12-under overall. The Korean ended his round with back-to-back birdies, rekindling memories of his runner-up finish at the same course during the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship. Lee, who owns one DP World Tour title and five Korean PGA wins, said his past success in Singapore gives him confidence as he chases a much-needed result to secure his Asian Tour card for next year. A group of 10 players sit two shots behind, including Kevin Yuan, Matthew Cheung, Ian Snyman, Wang Wei-hsuan, John Catlin, Sarit Suwannarut, James Piot, Caleb Surratt, Ollie Schniederjans, and Jeunghun Wang.
spot_img

Popular Categories