the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Malaysia catat jumlah tertinggi kes baharu dengan 432 kes terkini

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, dengan 432 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (pix) berkata jumlah itu melibatkan 429 kes penularan tempatan dan tiga kes import melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, masing-masing pulang dari India, Kuwait dan Myanmar.

Beliau berkata daripada 429 kes penularan tempatan, 409 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara.

“Daripada jumlah 429 kes itu, 224 kes merupakan kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu dalam penjara di Kedah, manakala 29 kes merupakan pengunjung pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept sebanyak 235 kes,“ katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan pandemik Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian berkaitan wabak berkenaan dilaporkan hari ini.

Jumlah positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 12,813 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 2,336 kes dengan kesemuanya telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings