the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut Tropika Senyar lemah tapi hujan lebat, angin kencang berterusan

Ribut Tropika Senyar lemah jadi sistem tekanan rendah, tapi masih bawa hujan lebat berterusan dan angin kencang di Pahang, Terengganu hingga esok.

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Senyar telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca bertekanan rendah.

Namun sistem ini masih berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia hingga esok.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Senyar kini berada di tengah Semenanjung selepas membuat pendaratan sekitar tengah malam tadi.

“Ribut Tropika diramal terus bergerak ke arah timur menuju perairan Laut China Selatan,” katanya menerusi kenyataan.

Keadaan ini boleh menghasilkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora khususnya di Pahang dan Terengganu.

“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih aktif.”

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengemas kini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat terkini melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi.

Semalam, ribut tropika itu dikesan memasuki perairan Selat Melaka sejak 3.30 petang.

Ia dijangka membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Selangor, Perak dan sebahagian Pahang.

Malaysia pernah dilanda ribut tropika Greg di barat Sabah pada 26 Disember 1996 dan Vamei di selatan Semenanjung pada 2001.

Senyar mendapat perhatian penyelidik seluruh dunia kerana kali pertama berlaku di Selat Melaka. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sorento Capital posts RM44.1m Q1 revenue, net profit jumps 60% in Q1 FY26

Sorento Capital Bhd reported a stable revenue of RM44.1 million for the first quarter ended September 30, 2025, but saw net profit surge nearly 60% to RM8 million on the absence of one-off listing expenses incurred a year earlier. The dealer channel continued to anchor performance, contributing 66% of total sales. The company is gearing up for further growth with the opening of its Sorento Concept Showroom in Johor, aimed at capturing rising cross-border demand—particularly from Singapore—and strengthening its market presence across Malaysia and Singapore.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories