the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penduduk Segamat alami kerisauan berganda akibat gempa dan banjir

Penduduk Segamat berdepan gempa bumi lemah dan banjir dalam hari sama, dengan 167 mangsa dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara

SEGAMAT: Penduduk di Segamat mengalami kerisauan berganda apabila dua bencana berlaku pada hari yang sama semalam, iaitu gempa bumi lemah pada waktu pagi diikuti banjir pada sebelah tengah hari susulan peningkatan paras air sungai akibat hujan.

Penduduk Kampung Seberang Batu Badak Raja Sahrin Tengku Ismail, 60, berkata masih terkejut dengan gegaran yang berlaku pada 8.55 pagi sebelum kediamannya dinaiki air kira-kira 1 tengah hari ekoran sungai berhampiran melimpah.

Raja Sahrin berkata kebanyakan penduduk sudah lali dengan banjir yang berlaku hampir setiap tahun, terutamanya pada hujung dan awal tahun namun keadaan kali ini lebih membimbangkan kerana berlaku pada hari yang sama dengan gempa bumi.

“Agak terkejut dengan gempa semakin kerap berlaku di Segamat. Walaupun pusat gempa semalam di Bukit Kepong, gegarannya tetap dirasai di kampung ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak, di sini hari ini.

Raja Sahrin berkata selain banjir yang lazimnya mengambil masa lama untuk surut, mereka juga bimbang dengan kemungkinan berlaku gegaran susulan yang tidak dapat dijangka.

Sementara itu,  Aishah Abd Hamid, 65, berkata rumahnya dinaiki air dalam tempoh kurang dua jam.

“Pada 11 pagi saya ke bandar untuk membeli barang keperluan dan kira-kira 1 tengah hari, jiran memaklumkan sungai telah melimpah dan memasuki rumah. Apabila tiba di rumah, paras air sudah melebihi lutut,” katanya.

Sehingga 2 petang hari ini, sebanyak tujuh PPS dibuka di Segamat bagi menempatkan 167 mangsa banjir yang terdiri daripada 55 keluarga.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh pada 8.55 pagi dengan kedalaman 10 kilometer (km). 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories