the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik – Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi tempatan perlu menyelidik secara mendalam latar belakang setiap penceramah jemputan supaya tiada permasalahan timbul selepas itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud (gambar).

Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di Institusi Pengajian Tinggi.

“Apa yang kita mahu supaya universiti menyelidiki dulu, siapa penceramah tersebut. Kita tidak mahu apa yang berlaku di UM (Universiti Malaya) ini terjadi kembali.

“Kerana ini akan menjejaskan imej pelbagai pihak termasuk universiti itu sendiri. Contohnya, kita boleh menyelidik penceramah tersebut melalui media sosialnya dan mampu menilai kecenderungannya ke arah mana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup pameran ‘Defence, Security and Sustainability (DSS) 2024’ di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

Semalam, tular di X berhubung kehadiran pensyarah Bruce Gilley yang pro-Zionis dalam satu program di Universiti Malaya, yang dimuat naik sendiri oleh profesor sains politik tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat kecaman rakyat Malaysia sebelum hantaran itu dipadam oleh Gilley, yang turut memberitahu dirinya telah meninggalkan Malaysia hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings