the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Arif Aiman fokus persiapan Harimau Malaya hadapi Singapura, Palestin

PETALING JAYA: Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Mohd Hanapi, menegaskan bahawa pasukan kebangsaan kini memberi tumpuan penuh kepada dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Palestin pada September ini.

Aksi tersebut berfungsi sebagai persediaan penting buat skuad kebangsaan sebelum menyambung kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober depan.

Arif Aiman turut mengelak mengulas keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik diri daripada Piala Negara-Negara Asia Tengah (CAFA) 2025. Beliau menekankan bahawa sebagai pemain, fokusnya adalah untuk memastikan persiapan pasukan berada pada tahap terbaik.

“Sebagai pemain, saya tak ambil tahu pun. Saya hanya fokus untuk apa yang ada di depan sekarang. Persediaan itu penting dan kami mahu bersedia sebaik mungkin menghadapi perlawanan persahabatan,“ katanya selepas majlis penandatanganan sebagai duta jenama sukan terkemuka.

Malaysia dijadualkan berdepan Singapura pada 4 September sebelum bertemu Palestin pada 8 September dalam dua perlawanan persahabatan Tier 1.

Mengenai peranannya sebagai tonggak utama Harimau Malaya, Arif Aiman menegaskan bahawa persaingan antara pemain tempatan dan pemain warisan tidak sepatutnya menjadi isu.

“Bagi saya, ia adalah mengenai soal mentaliti. Mentaliti itu penting. Tak kisahlah kehadiran pemain warisan, kita adalah di bawah satu bendera yang sama. Cuma kehadiran pemain warisan banyak membantu pasukan dari semasa ke semasa,“ jelasnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paulo Josue’s double seals Malaysia win over Myanmar in ASEAN Cup

Malaysia kicked off their 2026 ASEAN Cup campaign with a 2-1 comeback win over Myanmar, thanks to a second-half brace from Paulo Josue.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings