the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas eksekutif bank direman SPRM disyaki terima rasuah RM7,000

Bekas eksekutif bank direman lima hari disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM7,000 bagi bantu permohonan pembiayaan dron.

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memperoleh perintah reman lima hari ke atas seorang bekas eksekutif bank.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan semalam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM7,000 dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai meminta suapan sebagai balasan membantu mendapatkan pembiayaan pembelian dron kepada pemohon.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada 2024,” kata sumber itu.

Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya.

Jumlah yang diterima adalah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan pembiayaan.

Suspek ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Jan pagi tadi.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories