the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Emas regu lelaki penutup gembirakan kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025

Skuad sepak takraw raih emas regu lelaki, jadi penutup membanggakan buat Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025, sumbang kepada kutipan pingat tertinggi.

NAKHON PATHOM: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari menyifatkan kejayaan skuad sepak takraw negara meraih pingat emas acara regu lelaki sebagai penutup temasya yang amat membanggakan buat Malaysia.

Beliau berkata kejayaan itu menjadi kemuncak yang menggembirakan pada hari terakhir Sukan SEA Thailand 2025.

“Hari ini kita menyaksikan satu penutup yang cukup menggembirakan Malaysia, satu penutup yang amat membanggakan,” katanya kepada pemberita di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom.

Dr Mohammed Taufiq turut mengalungkan pingat kepada skuad sepak takraw negara selaku juara.

Beliau berkata pasukan sepak takraw lelaki memenangi emas manakala pasukan wanita menyumbang pingat gangsa.

Pencapaian tersebut turut menyumbang kepada kutipan pingat keseluruhan Malaysia yang antara tertinggi dalam sejarah penyertaan negara di Sukan SEA sejak edisi 2007.

Beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai pasukan atas komitmen serta semangat juang tinggi yang dipamerkan.

Pada saingan hari ini, skuad sepak takraw negara meraih emas regu lelaki selepas mengatasi Vietnam 2-0 pada aksi final.

Kejayaan itu menamatkan kemarau emas Malaysia dalam acara regu lelaki sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Ia juga menambah koleksi emas kem sepak takraw negara selepas mencipta sejarah menumbangkan Thailand untuk menjuarai acara regu berpasukan lelaki selepas 34 tahun.

Perlawanan terakhir itu menyaksikan kontinjen Malaysia menambah emas ke-57 bagi menutup temasya dwitahunan itu dengan nota positif. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories