the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas kaji pemindahan STPM, Matrikulasi ke KPT

Kerajaan akan tubuh jawatankuasa khas untuk kaji cadangan pemindahan program STPM dan Matrikulasi dari KPM ke Kementerian Pengajian Tinggi

LUMUT: Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti cadangan pemindahan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program Matrikulasi ke bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu adalah sebahagian daripada perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang bermula tahun hadapan.

“Sebuah jawatankuasa perlu dibentuk untuk meneliti proses kesinambungan, sebelum ini (STPM dan Matrikulasi) di bawah KPM dan kemudiannya ke KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan di Arena Terbuka Teluk Gadung, Pulau Pangkor hari ini.

Zambry memaklumkan laporan jawatankuasa itu akan dibentangkan di Parlimen kelak.

“Kemudian, perubahan yang dibuat turut akan melibatkan perubahan akta sedia ada,” jelasnya.

Pada 7 Disember, media melaporkan kerajaan akan memindahkan program STPM serta Matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan ke KPT.

Pemindahan itu bagi menyelaraskan proses penilaian dan laluan kemasukan pelajar ke peringkat universiti.

Ia merupakan antara perubahan besar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026 hingga 2035.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad juga mencadangkan perkara sama.

Zambry menegaskan dakwaan langkah itu boleh menjejaskan kepentingan sesetengah kaum adalah tidak berasas.

“Saya berpendapat, isu ini tidak sepatutnya timbul lagi kerana ia masih pada peringkat penubuhan jawatankuasa,” ujarnya.

Beliau menambah kebimbangan yang tercetus akan diambil perhatian.

“Untuk membuat kesimpulan mengenai perkara yang belum dilakukan secara konklusif adalah terlalu awal,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

WHO seeks $1 billion for world’s worst health crises

World Health Organization appeals for $1 billion to aid 239 million people in 36 severe emergencies, including Gaza and Sudan, as global funding shrinks and access to care declines.
spot_img

Popular Categories