the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN lancar 269 siri jualan rahmah kembali ke sekolah 2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KPDN anjur 269 siri Program Jualan Rahmah Kembali ke Sekolah 2026 di 174 lokasi, tawarkan diskaun 10-30% untuk kelengkapan sekolah.

TAWAU: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026.

Program ini menyasarkan 269 siri penganjuran di seluruh negara bermula 20 Disember hingga 11 Januari depan.

Seramai 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat dalam pelaksanaan program secara dalam dan luar premis.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata program ini diadakan sepanjang cuti sekolah.

“Pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran semasa,“ katanya.

Terdapat 45 hingga 80 Stock Keeping Unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan kelengkapan alat tulis.

Orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan laman web KPDN untuk mengetahui tarikh dan lokasi penganjuran.

Armizan berkata Kerajaan MADANI memperuntukkan RM300 juta dalam Belanjawan 2026 bagi pelaksanaan insiatif Payung RAHMAH.

Peruntukan itu termasuk bagi penganjuran PJRM di seluruh negara.

Beliau berkata KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan PJRM.

Ini termasuk penambahbaikan dari aspek peluasan kaedah serta golongan sasar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fitch Ratings assigns first-time credit rating to HDBank, recognises its strong financial profile

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 15 July 2026 - Fitch Ratings has assigned its first-ever credit ratings to Ho Chi Minh City Development Joint Stock Commercial Bank (HoSE: HDB), placing the lender among the highest-rated Vietnamese banks and recognising its strong financial position, profitability and sustainable growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings