the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPKT tingkatkan aplikasi i-KrediKom untuk perangi aktiviti along

KPKT rancang tingkatkan aplikasi i-KrediKom tahun depan dengan fungsi imbasan kod QR, sijil lesen digital dan semakan akaun kedai.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membangunkan aplikasi baharu bagi menaik taraf i-KrediKom dengan fungsi tambahan bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata aplikasi yang membantu peminjam berpotensi mengesahkan status lesen syarikat peminjaman wang itu akan ditingkatkan dengan ciri seperti imbasan kod QR, sijil lesen digital dan semakan akaun kedai.

“Kementerian juga bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti dan membendung aktiviti along,” katanya semasa waktu soalan.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Rosni Sohar mengenai integrasi i-KrediKom dengan pangkalan data PDRM dan SKMM untuk menyekat iklan pinjaman haram.

Aiman Athirah berkata lebih 300 laman web iklan pinjaman telah ditutup melalui kerjasama antara KPKT dan SKMM, dan usaha integrasi akan diteruskan.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah 2,356 kilogram (kg) sisa makanan telah berjaya dirawat di tapak pengkomposan di bawah projek perintis pengumpulan sisa makanan dilaksanakan oleh KPKT dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Projek yang dijalankan di tiga lokasi di Kuala Lumpur dan di Bandar Baru Nilai itu melibatkan 20 premis dan menggunakan kaedah pengkomposan serta pendekatan Black Soldier Fly (BSF) yang menggunakan larva untuk memproses sisa makanan domestik.

“Proses rawatan ini telah mengurangkan pelepasan sebanyak 1,060 kilogram karbon dioksida dan 23.56 kilogram metana,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Ng Keng Heng mengenai langkah kerajaan melaksanakan pengasingan sisa pepejal perbandaran di punca di premis komersial.

Beliau berkata inisiatif itu sedang diperluaskan ke negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Beberapa pusat komersial termasuk MyTOWN Shopping Centre telah mengambil langkah proaktif menubuhkan pusat kitar semula dan kemudahan pengasingan sisa makanan untuk dihantar ke tapak BSF. – Bernama

Related

spot_img

Latest

THE Mining Investment Event Welcomes New Partners for THE 2026 Student Program Glencore Canada; IAMGOLD Corporation; OR Royalties

Toronto, Ontario - Newsfile Corp. - January 19, 2026 - THE Mining Investment Event ("THE Event"), Canada's Only Tier 1 Global Mining Investment Conference, is pleased to announce THE 2026 Student Program Partners: Glencore Canada will serve as a Platinum Partner, and both IAMGOLD Corporation and OR Royalties will serve as key Silver Partners.

AGNEZ MO Reunites with Wax Figure and Fans at Madame Tussauds Singapore’s Exclusive Fan Meet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - Madame Tussauds Singapore hosted an exclusive fan meet event on 16 January 2026, featuring international music and entertainment icon AGNEZ MO, bringing fans up close with the superstar in an intimate and memorable setting.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories