the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nanas Malaysia dapat permintaan tinggi di New Zealand – Ahmad Zahid

WELLINGTON: New Zealand meminta Malaysia untuk meningkatkan eksport nanas susulan permintaan tinggi pasaran buah tropika itu di negara berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata produk nanas Malaysia begitu istimewa dan mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya sekali gus dilihat mampu membuka potensi besar untuk dieksport secara lebih meluas ke pasaran antarabangsa.

Namun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kemampuan semasa negara untuk mengeksport nanas masih terhad dan memerlukan perhatian lebih mendalam daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kerajaan negeri serta pengusaha produk tani.

“Permintaan terhadap nanas ini amat tinggi, tetapi keupayaan kita untuk mengeksport masih terbatas. Kita ada kualiti, ada rasa dan tekstur yang baik,” katanya pada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja lima hari ke New Zealand di sini pada Sabtu (Jumaat di Malaysia).

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki serta Setiausaha Bahagian Kemboja-Laos-Myanmar-Vietnam dan Oceania Kementerian Luar Negeri John K. Samuel.

Ahmad Zahid memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta akan mengarahkan kerajaan Selangor, Pahang, Johor dan Melaka untuk memperluas penanaman buah-buahan tropika itu secara berskala besar.

Sementara itu, menyentuh mengenai pertemuan beliau bersama Gabungan Pertubuhan Islam New Zealand (FIANZ), Ahmad Zahid berkata terdapat permintaan dalam kalangan umat Islam di negara itu untuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Maori.

“Saya telah mendapat permintaan daripada mereka supaya pihak Malaysia memberi sumbangan mashaf al-Quran dalam terjemahan bahasa Maori.

“Saya juga telah berhubung dengan Yayasan Restu untuk naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Maori. Untuk itu, saya akan dapatkan pembiayaan bukan daripada kerajaan tetapi individu atau pihak tertentu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata terdapat kira-kira 1,200 orang Maori yang telah memeluk Islam, menjadikan ia sebagai satu permulaan baik untuk Malaysia menyalurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada untuk membantu komuniti itu selain terdapat sebanyak 96 masjid di New Zealand.

Lawatan kerja lima hari Timbalan Perdana Menteri ke New Zealand merangkumi pelbagai sesi pertemuan, antaranya bersama pemimpin kanan negara itu, sesi libat urus komuniti, forum industri halal serta lawatan ke institusi pendidikan dan pusat pengurusan bencana – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings