the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengeluaran minyak dijangka terjejas sekiranya hujan berterusan sehingga suku kedua

KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit mungkin boleh terjejas sekiranya hujan lebat berterusan sehingga suku kedua, kata seorang peserta industri.

Menurut pengarah syarikat perladangan Ganling Sdn Bhd Ah Ling, banjir yang melanda pada masa ini dijangka hanya memberi impak minimum kepada pengeluaran, tetapi angka pengeluaran perlu disemak jika hujan berterusan.

“Sebaik sahaja selepas bulan Disember, kami mengunjurkan pengeluaran domestik meningkat daripada 18.4 juta tan kepada 19.1 juta tan. Mungkin (ia memerlukan) sedikit pelarasan.

“Biasanya kesan La Nina terhadap pengeluaran sawit berbanding El Nino sangat berbeza. La Nina sangat fizikal tetapi tidak semua kawasan dinaiki air.

“Dan saya rasa ia sudah mula kering sekarang,“ katanya pada acara webinar minyak sawit anjuran UOB Kay Hian pada hari Isnin.

Beliau berkata walaupun La Nina boleh mengganggu bekalan pada suku pertama, pengeluaran akan meningkat pada separuh pertama tahun ini dan hingga ke suku pertama 2024.

Dan sekiranya El Nino muncul pada separuh kedua tahun ini, ia tidak mungkin memberi kesan kepada bekalan dan harga minyak sawit mentah (MSM) sehingga separuh kedua tahun depan, tambahnya.

Beliau seterusnya berpendapat inventori semasa sebanyak 2.1 juta tan kekal menyokong paras harga MSM semasa.

“Harga MSM dijangka lemah pada separuh kedua tahun ini disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan permintaan yang lemah,“ katanya.

Namun begitu, beliau berkata La Nina pada masa ini yang dijangka berakhir bulan ini, masih boleh memberi kesan kepada pengeluaran kacang soya di Argentina dan selatan Brazil, sekali gus melonjakkan harga komoditi itu.

Keadaan itu dijangka tidak memberi kesan kepada penanaman kacang soya di Amerika Syarikat, tambah Ling. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings