the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Rui Jie-Nurqayyum raih emas terjun, Malaysia tutup kempen Sukan SEA cemerlang

Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi menang emas terjun 3m papan anjal lelaki, lengkapkan kutipan dua emas, satu gangsa untuk negara di Sukan SEA 2025

KONTIJEN terjun negara menutup kempen di Sukan SEA 2025 dengan cemerlang selepas meraih dua pingat emas dan satu gangsa pada hari terakhir pertandingan.

Gandingan penerjun muda Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim memenangi emas dalam acara tiga meter papan anjal lelaki di Pusat Akuatik Universiti Assumption.

Pasangan Malaysia itu menunjukkan persembahan konsisten sepanjang enam pusingan untuk mengumpul 359.85 mata.

Pasangan tuan rumah Thailand, Chawanwat Juntaphadawon dan Thitipoom Marksin, meraih perak dengan 335.70 mata.

Gangsa pula dimenangi oleh gandingan Vietnam, Hoang Tu Dang dan Anh Tuan Dinh, yang memperoleh 322.35 mata.

Rui Jie berkata kemenangan itu menebus kekecewaannya selepas hanya meraih gangsa dalam acara satu meter papan anjal pada Rabu lalu.

“Ini pastinya 100 peratus menebus apa yang berlaku Rabu lepas,” katanya.

Nurqayyum memuji Rui Jie kerana membantu beliau kekal tenang sepanjang pertandingan.

“Kami sangat gembira tetapi kami pasti akan melakukan yang lebih baik pada Sukan SEA akan datang di Malaysia,” ujarnya.

Emas pertama terjun negara di temasya ini dimenangi lebih awal oleh Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj dan Nurul Farisya Alia Affendi dalam acara 10m platform seirama wanita.

Dengan keputusan hari ini, Malaysia mendahului acara terjun dengan dua daripada empat pingat emas yang dipertandingkan.

Singapura menduduki tempat kedua dengan koleksi satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Kedudukan seterusnya diisi oleh Thailand (1-2-0), Vietnam (0-0-1) dan Indonesia (0-0-1).

Sukan SEA ke-33 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories