the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri antara tiga individu ditahan selepas dadah lebih 51kg ditemukan dalam kereta

TANJUNG MALIM: Polis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, selepas menemukan 50 bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat lebih 51 kilogram (kg) dalam kereta yang dinaiki mereka di Pusat Perniagaan Slim Perdana, Taman Sri Jaya dekat Slim River di sini, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata kereta Proton Preve yang disewa suspek itu ditahan pihaknya dengan kerjasama JSJN Kontinjen Perak dan Perlis, di kawasan tempat letak kereta pada pukul 3.35 petang.

“Dua lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 27 tahun disyaki berperanan sebagai transporter (penghantar) ditahan, mereka menyorokkan 50 bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam beg pakaian yang diletakkan di but kenderaan itu.

“Jumlah dadah yang dirampas seberat 51.97 kg dianggarkan bernilai RM2 juta,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran dan diedarkan untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan jalan darat.

Khaw berkata hasil siasatan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun menerima upah RM2,000 setiap kali penghantaran bekalan dadah, manakala suspek ketiga berusia 27 tahun pula hanya menerima upah RM100 sahaja.

Beliau berkata sindiket itu mula aktif sejak Januari lepas dan hanya suspek pertama mempunyai rekod lampau, dan positif dadah jenis.methamphetamine.

Khaw berkata semua suspek direman sehingga 18 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings