the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga individu Geng Tongkol didakwa ceroboh, pecah masuk kawasan empat sekolah

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah, bulan lepas.

Penyelia parkir kereta Muhammad Daniel Mohd Nadzri, 20; penghantar barang Saidina Abdul Hamid, 20, dan penjual kek Muhammad Syafiq Mohd Rashid, 18, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy, Majistret Illi Marisqa Khalizan serta Majistret Amira Abd Aziz.

Mereka juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu menceroboh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri dan memecah masuk Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri di Kepong pada 2.14 pagi 16 Ogos lepas di hadapan Arunjothy.

Bagi kesalahan menceroboh, mereka didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 447 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memecah masuk, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, untuk pertuduhan memecah masuk.

Di hadapan Majistret Illi Marisqa, mereka didakwa memecah masuk Sekolah Rendah Agama Raja Muda Musa yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta dengan niat mencuri pada 4.30 pagi 13 Ogos lepas.

Di hadapan Majistret Amira, Saidina dan Muhammad Syafiq didakwa memecah masuk dan mencuri wang tunai berjumlah RM750 milik seorang lelaki berusia 31 tahun di Sekolah Siraj Abu Dzar Ghifari pada 2.14 pagi 6 Ogos lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, Vivi’Asnita Zaina’Larifin dan Vivien Yeap Jie Xi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Tan Wei Meng, Simret Singh serta Nicholas Cheoh.

Mahkamah membenarkan Saidina dan Muhammad Syafiq diikat jamin sebanyak RM9,300 manakala Muhammad Daniel sebanyak RM7,300 masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Okt, 5 dan 6 Nov untuk sebutan kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings