the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azalina: Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) untuk menangani isu berkaitan eksploitasi seksual dalam talian terhadap golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata ia bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa tanpa mengira lokasi geografi pelaku.

“Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seksyen itu memperuntuk mana-mana warganegara yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan perbuatan tersebut di Malaysia dan tindakan boleh diambil terhadap rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.

Azalina berkata di bawah Akta 792, kesalahan berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam talian melibatkan enam kategori dan hukuman dengan tempoh pemenjaraaan lima hingga 30 tahun serta sebatan.

Beliau berkata akta itu turut memperuntuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuk pengantunan kanak-kanak, berkomunikasi secara seksual dengan golongan tersebut dan menyebabkan mereka memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Azalina juga berkata pada 2023, dua pindaan baharu telah diluluskan untuk memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian iaitu Seksyen 15A yang memperuntuk kesalahan berkaitan persembahan seksual oleh kanak-kanak manakala Seksyen 15B adalah berkaitan pemerasan seksual kanak-kanak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings