the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian

DHAKA: Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Ahad, kata Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), lapor Xinhua.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi meningkat kepada 301,225 kes manakala angka kematian kepada 1,549 sejak Januari tahun ini.

Jumlah itu termasuk 201 kematian pada bulan ini.

Menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 orang dijangkiti penyakit itu bulan lalu.

Bangladesh mengalami peningkatan tertinggi kes denggi pada September dengan 79,598 jangkitan baharu manakala 396 kematian dilaporkan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings