the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia yang terjejas – Wisma Putra

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi 7.2 magnitud yang berlaku di Hualien, Taiwan pada 7.58 pagi waktu tempatan.

“Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,“ menurut Wisma Putra.

Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, di tingkat 8, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, no telefon: +886 2 2713 2626 atau e-mel [email protected].

“Malaysia mengucapkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu,“ kata Wisma Putra.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings