the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak perempuan hilang ketika ambil makanan di kereta

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berumur 12 tahun dilaporkan hilang, selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 8.59 malam semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya, untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar 2.20 petang.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, Cha berkata ibu mangsa telah membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan membuka satu kertas enkuiri polis orang hilang bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata kanak-kanak bernama Madrafataha Indal Bangsawan, digambarkan sebagai berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter, dengan mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau serta berseluar ‘track’ hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings