the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengarah syarikat didakwa beri pernyataan palsu kepada SSM

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kajang atas dua pertuduhan memberikan pernyataan palsu mengenai pelantikan pengarah dan setiausaha syarikat kepada Pendaftar Syarikat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan memaklumkan bahawa Sandra Sheager Chidambaram didakwa pada 20 Jun lepas kerana membenarkan setiausaha syarikat Heiwa Sangyo Sdn. Bhd. membuat pernyataan palsu kepada SSM.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 593(a) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu, Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SSM Abdul Hadi Abdul Muti manakala tertuduh diwakili peguam Goh Cia Yee.

SSM turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.

“SSM sentiasa konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang berintegriti,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vinfast Honored in Indonesia with Kumparan Awards: Impact Makers 2025

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire – 19 December 2025 – At the Kumparan Awards: Impact Makers 2025, organized by leading digital media platform Kumparan, VinFast was honored with the award "Impactful Transformation in the EV Ecosystem".
spot_img

Popular Categories