ISTANBUL: Nasib 19 individu masih belum diketahui selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.

Pesawat yang dimiliki oleh Saurya Airlines terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu.

Jurucakap TIA, Premnath Thakur berkata insiden berlaku sekitar 11 pagi waktu tempatan (0515GMT).

Antara 19 orang di dalam pesawat itu termasuk kru, dan pesawat itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke bandar Pokhara di tengah Nepal.

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kemalangan.