the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang maut, tiga cedera dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri

MIRI: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas jalan raya hari ini yang membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan dan sebuah lori kontena di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Ladang 3, kira-kira 76 kilometer dari sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Derald Suggin, 36, kelindan lori.

Beliau berkata panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 8.23 pagi dan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah dengan kekuatan lima anggota serta sebuah jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.

Nahas itu berlaku apabila lori kontena dan Perodua Aruz yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri dipercayai bergeser antara satu sama lain.

“Terdapat empat mangsa terlibat dengan dua berada dalam Perodua Aruz dan mereka serta pemandu lori kontena telah dibawa oleh orang awam ke klinik kesihatan berhampiran manakala kelindan yang tersepit di bahagian lori yang terbalik di tengah jalan berjaya dikeluarkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan lori kren tunda sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings