the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SOSMA diguna dalam kes GISBH kerana libatkan jenayah serius – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digunakan dalam kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kerana ia melibatkan jenayah serius seperti pemerdagangan orang.

Beliau berkata jumlah tahanan yang ramai juga menyebabkan akta itu diguna pakai bagi melengkapkan siasatan.

“Kita menggunakan kaedah biasa namun saiz tangkapan begitu ramai. Kita akan minta reman, kemudian mahkamah akan memberikan tujuh hari, kita belum selesai, kita minta tambahan, mahkamah beri tujuh hari, ada yang beri lima hari, kita minta tambahan lagi, ada mahkamah bagi tiga hari dan ini tidak sempat habis kerana jumlah yang ramai.

“Sebab itu kita lihat ada elemen seperti ia dilakukan secara berkumpulan melibatkan jenayah dianggap serius… kalau pemerdagangan orang itu seriuslah, kemudian ia memberi keuntungan dari segi material, kewangan, kuasa atau pengaruh.

“Jadi ia sesuai untuk kita gunakan Seksyen 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita guna pakai SOSMA,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan sesi Penerangan Menteri mengenai isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin Nasution turut mendedahkan wang hasil kutipan ahli GISBH dimasukkan ke dalam akaun peribadi lembaga pengarah syarikat itu yang antaranya digunakan untuk membeli pelbagai aset secara tunai.

Beliau GISBH mempunyai struktur yang dibahagikan kepada beberapa kluster iaitu kawasan tengah, utara, selatan, dalam negara dan luar negara.

“Kluster ini diletakkan sasaran berapa wang kutipan yang mereka perlu peroleh setiap bulan yang dianggarkan RM70,000 sebulan. Wang ini kemudian perlu dimasukkan ke dalam akaun individu pimpinan yang duduk dalam struktur ahli lembaga pengarah GISBH,” katanya.

Pada sesi sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata individu yang mendakwa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengugut wanita itu menandatangani dokumen kosong ketika cuba mendapatkan kembali anak beliau sebenarnya keliru dengan maksud yang cuba disampaikan oleh pegawai pengendali kes tersebut.

Beliau berkata dokumen yang dikemukakan kepada wanita itu ialah pemakluman mengenai kanak-kanak yang diselamatkan berdasarkan prosedur pemakluman atau pemberitahuan selari dengan Seksyen 18(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebenarnya dalam kes ini, pegawai JKM menyerahkan dokumen untuk memaklumkan pemberitahuan berkenaan. Dokumen itu adalah prosedur pentadbirannya sendiri, tak perlu ada dokumen pun tak mengapa,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DXN posts RM58.5mil Q1 profit, maintains growth plans despite softer revenue

Despite lower quarterly earnings, DXN Holdings declared a 0.60 sen interim dividend and reaffirmed its targets of sustainable revenue growth, at least 50% dividend payout and double-digit return on equity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings