the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh

KOTA BHARU: Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar).

Beliau berkata siasatan terhadap kes itu telah selesai selepas mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terlibat.

Menurutnya polis kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi siasatan ke atas penulisan.

“Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti kukuh menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa.

“Guru yang didakwa itu juga mempunyai sikap dan kriteria yang baik, namun kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita tersebut,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sama ada penulisan itu ditulis kerana dendam atau fitnah, Muhamad Zaki berkata ia masih dalam siasatan.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings