the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek RTS diunjur beri limpahan ekonomi dalam sektor peruncitan, pengangkutan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JOHOR BAHRU: Sektor peruncitan dan pengangkutan awam di Johor dijangka menerima manfaat ekonomi yang besar susulan pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi), Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein (gambar) berkata limpahan positif itu antaranya dipengaruhi oleh kemasukan pelancong dari Singapura, yang memilih menggunakan sistem pengangkutan melintasi Selat Tebrau itu.

Beliau berkata secara tidak langsung, keadaan itu akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat yang menjadi tulang belakang kepada kedua-dua sektor tersebut.

“Kita dapat lihat di pusat bandar dan sekitar kawasan pembinaan RTS, sudah ada pembangunan komersial, peruncitan dan pusat beli-belah, yang tentunya akan mendapat manfaat paling banyak.

“Ini adalah kesan limpahan daripada pengguna atau pelancong dari Singapura ke Johor Bahru, secara tidak langsung, sektor pengangkutan awam di bandar raya ini turut mendapat manfaat, yang akan menyaksikan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negeri ini,” katanya ketika ditemu bual Bernama, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Zaly yang juga Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) berkata sektor pengangkutan awam di Johor khususnya perlu ditambah baik dengan tahap perkhidmatan yang berkualiti, bagi memastikan kesinambungan jaringan pengangkutan negeri dengan RTS.

Beliau berkata usaha itu penting bertujuan menarik minat pengguna dari Singapura untuk menggunakan RTS berbanding kenderaan lain bagi memasuki negara ini, menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

Justeru, RTS dilihat dapat menjadi permulaan kepada transformasi pengangkutan awam di Johor, katanya.

“Kita mahu pengguna dari Singapura tidak hanya menjadikan Johor Bahru sebagai destinasi akhir, malah juga untuk mereka menyambung perjalanan ke destinasi lain dengan menggunakan sistem pengangkutan awam yang ada,” katanya.

Beliau berkata Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sebagai agensi yang mengawal selia perancangan pengangkutan awam pasti mempunyai perancangan yang jitu dalam melihat keperluan untuk mengintegrasikan RTS dengan pengangkutan awam sedia ada di negeri itu.

Justeru, projek RTS diharap bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan, malah juga dapat menambah baik sistem di CIQ BSI dan KSAB.

Muhammad Zaly berkata RTS juga akan memberi peluang kepada kerajaan negeri khususnya dan Malaysia bagi mewujudkan ruang pameran tawaran pakej pelancongan, tempahan hotel, barangan buatan tempatan dan sebagainya.

“Kita perlu anggap RTS ini juga sebagai pintu masuk pelancong, yang ada khidmat penerangan dan menyediakan (maklumat) apa yang boleh ditawarkan oleh Malaysia. Jadi, jadikanlah RTS ini sebagai ruang pameran kita,” katanya.

Projek RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Stesen Bukit Chagar, di sini dan Stesen Utara Woodlands di Singapura.

RTS, dijadualkan siap pada Disember 2026, dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 pengembara yang melalui Tambak Johor setiap hari. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img