the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stuart: Banyak respons positif pelaksanaan VAR

KUALA LUMPUR: Lebih banyak respons positif berbanding negatif, membabitkan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) daripada kelab-kelab yang akan bersaing pada Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam (gambar) berkata ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau merasakan perlu ada satu tempoh ‘matang’ diperlukan bagi memastikan kesempurnaan sistem tersebut untuk diadaptasi.

“Penyediaan teknologi baharu memerlukan masa untuk adaptasi selain dari segi operasi, penerbitan, penyiaran dan juga pengguna iaitu pengadil sendiri.

“Saya rasa dalam lapan perlawanan kita anjurkan ini adalah satu keputusan sangat teliti untuk kita menyediakan ruang latihan bagi pengadil, kelab dan juga segi penerbitan penyiaran yang diperlukan,” katanya ketika dtemui pada Majlis ‘Play True Day’ di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.

Pasukan terlibat dalam perlawanan pramusim menggunakan VAR bermula 23 April hingga 4 Mei antaranya KL City FC, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kelantan Darul Naim, dan PDRM FC.

Penggunaan VAR pada aksi pramusim itu sebagai platform untuk mengenal pasti masalah dan isu bakal timbul sekali gus membolehkan MFL bersedia dengan penyelesaian apabila sistem itu mula digunakan pada musim 2024/2025 yang membuka tirai 10 Mei ini.

Ketua jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata penggunaan sistem VAR ini merupakan inisiatif terbaik untuk menjadikan keputusan pengadil lebih tepat.

Beliau berkata walaupun ia masih baharu untuk pemain dan pegawai, namun liga luar negara telah menggunakan sistem berkenaan yang banyak membantu terutama menyemak kembali keputusan membabitkan penalti dan kekasaran sehingga menyebabkan pemberian kad merah.

“Bukan hanya kita dapat kepuasan sebagai pasukan bermain tetapi penyokong yang hadir turut berpuas hati dengan keputusan akan dibuat oleh pengadil perlawanan,” katanya kepada Bernama selepas sesi taklimat VAR di Pulau Pinang hari ini.

Penang FC akan berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC esok.

Ketua Pegawai Operasi Malaysian Football League (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata perlawanan VAR pramusim diadakan bagi membolehkan pegawai, pemain, pasukan, media dan semua warga bola sepak merasai sendiri secara teori dan praktikal mengenai sistem itu.

“Sebarang perlawanan tahun ini, penambahan masa akan berlaku kerana setiap gol akan disemak oleh VAR dan jika ada isu-isu dalam perlawanan melibatkan kad kuning atau kad merah turut dinilai melalui VAR,” katanya.

MFL sebelum ini mengumumkan sistem VAR bakal digunakan dalam Liga-M musim ini dan diuji terlebih dahulu menerusi perlawanan pramusim bagi mengetahui kestabilan dan ketahanan sistem VAR dalam perlawanan yang akan disiarkan secara langsung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings