the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Sungai Isap di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Safri Mohd Ali yang beralamat di Kampung Hijrah di sini, dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima maklumat, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang serta petugas kesihatan telah ke lokasi kejadian dan kematian Safri kemudian telah disahkan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pemeriksaan di dalam kenderaan turut menemukan kad pengenalan, telefon bimbit dan beg galas milik Safri.

“Mayat Safri dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat dan proses pengecaman telah dilakukan oleh ahli keluarganya,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata siasatan awal polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Safri sebelum ini dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah kira-kira 8 pagi 13 Dis lepas dengan memandu kereta Perodua Viva untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia, di sini.

Laporan kehilangannya dibuat adiknya pada 14 Dis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings