the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam perlu kekal berkecuali, elak perhimpunan – CUEPACS

KUALA LUMPUR: Penjawat awam dinasihatkan supaya kekal berkecuali dan tidak menyertai sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat menekankan bahawa penjawat awam perlu menumpukan perhatian kepada tanggungjawab utama mereka iaitu memberikan perkhidmatan terbaik tanpa dipengaruhi oleh sebarang agenda luar.

“Penjawat awam adalah tunjang kepada kestabilan pentadbiran negara dan perlu sentiasa menunjukkan sikap profesional, berintegriti serta memelihara tatasusila dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana dasar kerajaan, penjawat awam perlu berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, terutamanya Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan.

“CUEPACS menyeru semua penjawat awam supaya kekal fokus kepada amanah yang telah diberikan dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi atau aktiviti yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam di mata rakyat,” tegas Adnan.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menyertai perhimpunan tersebut tidak selari dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings