the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia kutuk serangan udara Israel ke atas Syria, Lubnan

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis Israel baru-baru ini ke atas Syria dan Lubnan yang disifatkan sebagai pelanggaran nyata terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah kedua-dua negara itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata serangan ke atas Damsyik dan bandar Druze di Syria, serta di Lembah Bekaa di Lubnan, merupakan pelanggaran terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

“Serangan itu telah meragut ratusan nyawa, termasuk orang awam.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan agresif berterusan rejim Zionis Israel ke atas negara lain yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) agar melaksanakan tanggungjawab seperti termaktub dalam piagam untuk menamatkan kitaran keganasan demi mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu.

Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar mendapatkan bantuan konsul sekiranya perlu.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan boleh dihubungi di talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di mwamman@kln.gov.my

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan pula boleh dihubungi di talian +961 7677 2527 / +961 7138 0063 (pegawai bertugas) atau melalui e-mel di mwbeirut@kln.gov.my – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories